Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Monday 12 January 2015

Recipe of the Day:Shepherd's Pie






Assalamualaikum semua....

Meh sini kejap...nak share resepi ni....hari ni i nak share resepi Shepherd's Pie dgn uolls ni....suka x suka x?Ok2..i pn taknak taip panjang-panjang,uolls tgk la resepi di bawah ni...Selamat Mencuba...


Bahan-bahan:

Bahan utk Mash Potato

Kentang (5 biji atau ikut berapa byk korang nak)

1/4 cawan susu segar

1 sudu kecil lada sulah

3 sudu butter

Garam secukup rasa


Cara-cara membuatnya:

1. Rebus kentang hingga empuk dan setelah masak,lenyekkan kentang tersebut.

2.Masukkan butter,lada sulah dan garam. Lenyek lagi atau boleh guna mixer.

3.Masukkan 1/4 cawan susu segar sedikit demi sedikit dan mix hingga sebati.

Cenggini haaa rupanya.....

Bahan utk inti

1 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

Cendawan butang

Daging cincang/ayam/sosej

1/2 botol tomato puree(aku guna suku je sbb tak suka tomato puree...boleh guna sos tomato jg)

2 sudu besar sos cili

Lada benggala/cili merah

Serbuk lada hitam

Garam

Campuran inti ni sebenarnya ikut selera masing-masing la nak letak apa k..
Cara-cara membuatnya:

1.Cairkan butter dan tumis bawang putih serta bawang besar.

2.Masukkan daging/ayam/sosej cincang dan tggu hingga empuk.

3.Seterusnya masukkan tomato puree, sos cili, dan lada hitam.Gaul sebati.

4.Selepas itu masukkan cendawan dan lada benggala.

5.Setelah siap masak, ratakan mash potato tadi di dalam loyang.Jangan terlalu tebal.Tinggalkan separuh utk lapisan seterusnya.

6.Lapiskan pula dengan inti.Kemudian lapiskan mash potato di atasnya(3 lapisan sahaja.Boleh buat lebih ikut suka).

7.Utk lebih menarik, sapu kuning telur di atas lapisan terkahir tadi dan lorekkan garisan menggunakan garfu.

8.Bakar selama 25-3- minit pada suhu 180 darjah celcius.


Lapisan pertama dgn mash potato

Lapisan kedua dgn inti


Lapisan ketiga dgn mash potato dan kemudiannya dibakar.




0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena