Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Wednesday 12 November 2014

Recipe of the Day:Ayam Madu/Honey Chicken


                     


Selamat pagi....heheehe...entri resepi datang lagi.Beberapa hari ni takda chance nak update blog..rindu tau tak?Hari ni nak share resepi ayam madu yg dicipta sendiri dan semestinya ringkas dan sedap.Takda cilok dr blog or buku resepi ok....just guna bahan yg ada time sediakan lauk ni.Kalau rasa-rasa nak tahu resepinya mudah or tak..jemputlah tgk resepi kat bawah ni....

Bahan A:

Isi ayam

Lada sulah

Garam

Tepung jagung


Cara-cara menggoreng ayam:

1.Bubuh garam dan lada sulah pada isi ayam.Kemudian salutkan dgn tepung jagung.

2.Goreng ayam hingga wrna keemasan.


Bahan B:

2 ulas bawang merah(ditumbuk)

3 ulas bawang putih(ditumbuk)

1 inci halia(dimayang halus)

Sos tiram

Sos cili thai

Madu

Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara memasak:

1.Tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau.Kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air.Kacau hingga sebati.

2.Seterusnya masukkan sos cili thai(ni pilihan...masuk sos cili biasa pn boleh).Kacau lagi.Selepas itu masukkan madu.Kacau hingga sos mendidih dan meruap hingga sedikit memekat(boleh guna bancuhan tepung jagung bersama air jika ingin cepat pekat).

3.Setelah kuah memekat,masukkan ayam dan gaul rata.Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.Boleh hidang.


SELAMAT MENCUBA...



0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena