Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Wednesday 12 November 2014

Recipe of the Day:Nasi Goreng Kampung


            


Mahukan sesuatu yg mudah,sedap dan cepat utk sarapan atau makan tengahari?Taktau nak masak apa?Apa kata cuba resepi nasi goreng kampung ni...sangat mudah dan cepat.Yg pasti SEDAP!Nasi goreng kampung ni sedap makan bersama telur goreng tp disebabkan masa ni aku mls nak goreng telur lagi,so aku makan bersama ikan basung masak ampap.Utk resepi masak ampap ni,boleh Klik sini.Utk resepi nasi goreng kampung pula,silalah tgk resepi di bawah...

Bahan-bahan:

Nasi sejuk

2 ulas bawang merah(ditumbuk)

3 ulas bawang putih(ditumbuk)

Satu genggam ikan bilis(ditumbuk)

Cili padi (ditumbuk dan ikut suka berapa byk nak guna)

Belacan(option)

Kangkung

Air

Minyak

Garam secukup rasa

*hidangan utk seorang

Cara-cara memasak:

1.Tumis bahan yg ditumbuk bersama tadi(bawang merah,bawang putih,ikan bilis dan cili padi) hingga naik bau.Kemudian masukkan kangkung dan sedikit air.Tunggu hingga kangkung masak.

2.Selepas itu,masukkan nasi dan gaul rata.Perasakan dgn garam secukup rasa.Boleh tabur bawang goreng/daun ketumbar/daun sup di atasnya semasa dihidang.


0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena