Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 26 May 2015

Manfaat Green Tea




Haaa...sapa suka minum teh hijau?Aku memang penggemar green tea tp sebelum ni minum green tea hanya kerana minuman ni mampu menyejukkan badan.Tapi rupa-rupanya byk manfaat di sebalik pengambilan green tea dalam rutin seharian.Rasa green tea ni takda la sesedap teh hitam yg selalu kita minum tu tp kalau pandai cari brand green tea yg bagus,pasti boleh jumpa yg sedap.Ok la, aku nak share 4 manfaat meminum green tea ni.Kalau korang nak tau,gegirl yg cantik2 di luar sana tu kebanyakkannya mengamalkan green tea tau.Haaaaa......excited tidak nak try?Tapi sebelum tu,baca manfaatnya dulu..lepas ni boleh lari ke kedai beli green tea banyak-banyakkkkkkk....!


1.Detox/buang toksin
-Teh hijau berfungsi sebagai agen anti-oksidan yg baik dan mampu mebuang toksin yg tidak diperlukan oleh badan melalui air kencing.Juga mampu melewatkan penuaan/awet muda.Boleh amalkan dengan membeli uncang green tea dan dibancuh dengan air suam.Boleh tambah sedikit gula bagi mengurangkan rasa pahit.Minum setiap pagi sebelum sarapan atau sebelum tidur.

2.Skrub badan dan wajah
-Lepas dah habis minum,mesti uncang tu korang buang kan?Eh jangan membazir,hampas dlm uncang tu boleh digunakan sebagai skrub badan dan wajah utk membuang sel kulit mati.Amalkan 2-3 kali seminggu.Boleh tambah madu pada hampas teh.

3.Dark circles
-Basuh uncang,sejukkan, dan tekap pada mata.

4.Mengecutkan jerawat
-Air green tea juga boleh digunakan utk menghasilkan ice cube dan kemudiannya dituam pada jerawat bagi meredakannya.

1 comments:

  1. saya minum cinch tea..gabungan teh hijau, merah & putih! hihi...sgt best...boleh kuruskan badan gak!boleh baca entri kat blog saya..


    salam ramadhan!

    ReplyDelete

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena