Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 11 July 2017

Tips Perbelanjaan Perkahwinan

Assalamualaikum blogwalker sekalian.....!!😊😊 Omg it's 2017 already!!!!! When the last time this blog being updated ya...? I've been missing for years and now i'm back...!!!! Wuhooooo!!


Rasanya terlalu cepat masa berlalu dgn pelbagai komitmen and now i'm back as a married blogger..Alhamdulillah utk rezeki menjadi seorang isteri to my 5 years man yg juga penulis blog Mengiring Bersama Ketam Batu.Just married for about 3 months now and for the time being,i am a fulltime housewife to my fulltime working husband.So now i have a lots of time with my blog and this is time to upload some new entries for all of you kan..hihi...😘😘😘


For this entry, i just want to share some photos during my wedding on 1 April 2017 in Kota Kinabalu dan berkongsi beberapa tips perbelanjaan untuk perkahwinan.No,i am not that expert untuk berbicara soal bajet tapi ini hanyalah perkongsian dari pengalaman menguruskan majlis kahwin sendiri.Manalah tau dapat tolong korang yg bakal berkahwin tu kan?


Ok...here some tips for those yg bakal memulakan persiapan utk majlis perkahwinan...


Bajet
  • Selalunya majlis ni bergantung pada bajet yg kita ada.Tp ada juga yg mengadakan majlis yg melebihi bajet.Tp tahukah korang bahawa berapapun hantaran yg kita(perempuan) dpt,kita boleh rancang majlis yg ringkas dan bajet yg lebih rendah?Haa....actually bawah 10k pun dah cukup nak buat majlis kahwin ni asalkan korang rajin dan punya masa yg cukup utk buat persiapan sebelum tarikh majlis.Mcm aku sendiri,hantaran standard tp kos kesemuanya masih bawah 10k.How i spend the money?Check out the next list below...

Barang Hantaran
  • First thing yg aku settlekan adalah barang hantaran.Barang hantaran ni aku tak guna duit hantaran sebaliknya guna duit gaji sendiri sbb bagi aku,hantaran ni adalah hadiah kpd pasangan.So lebih baik kita guna duit sendiri.Tapi bg yg tidak bekerja,sebaiknya beli hantaran yg wajib sajalah dan sebolehnya jgn berbalas hantaran pd bilangan yg tinggi.Hantaran aku dengan suami hanya lima berbalas 7 hantaran yg terdiri daripada Al-quran,sejadah,telekung,,jubah,baju melayu,perfume,kasut,kemeja, dan manisan. Dan...hantaran ni aku gubah sendiri walaupun diri ini takdalah kreatif mana.Dulang dan barang hiasan ni aku beli sebab lebih berbaloi.Benda-benda tu boleh diguna semula utk wedding adik-beradik yg lain pula kan... 

Ni lah hasilnya.....







Kad Kahwin

  • Kad kahwin pula aku order dari Badut Creative.Korang bolehlah search...sebelum aku order dr dorg ni,aku mmg rajin search kad kahwin di fb dan insta.Sampailah aku bertemu 'jodoh' dgn kad dr Badut Creative ni sbb dorg yg follow aku dulu.So time tu aku dan suami pn usha la design dorg.Memang cantik-cantik tau...simple and nice.Masa tu kami antara customer terawal sbb dorg ni pn baru nak start bisnes printing.Ngam-ngam pula dorg buat harga promosi..iyalah promosi nak tarik customer kan.So mmg hrga murah dan item yg kami dpt pn mmg dlm keadaan baik.Aku order 300 keping kad sekali dengan 1 backdrop,2 bunting, dan 3 penunjuk arah jalan. Saiz bukan kecik-kecik tau...sbb tu mmg puas hati.Utk semua brg ni,hrga yg kami dpt dlm RM270 ja...

Baju Kahwin
  • Baju kahwin pun kami beli sendiri.Baju kami sepasang ja...sbb majlis tu sehari..nikah terus sanding.Takda nak ganti-ganti baju sbb konsepnya simple tapi sempurna ja.Ni antara nak jimat kos..buat majlis sehari dan tak perlu sewa berpasang-pasang baju semata nak buat majlis kahwin melainkan kalau korang mmg mampu la kan..Tp bg kami,kami tak kisah baju sepasang yg penting bukan baju sewa.Kami juga guna baju yg sama utk kenduri belah lelaki..So jimat lg.Kalau sewa,silap-silap kami kena sewa baju lain lg utk kenduri belah lelaki.Baju ni pun takdalah beribu harganya..kalau campur hrga dress aku dgn baju melayu suami,total dlm 1k ja.Time raya,boleh pakai lg baju melayu tu..hihih..dress ni pula aku plan nak sewa bg sesiapa yg nak cari baju kahwin especially yg tinggal area ampang dan kl tu.Kalau berminat,boleh pm kat insta ye...
Amboi...feeling jap



Inilah bajunya ye...colour dusty pink saiz 38 sekali dengan veil
 Mekap dan inai
  • Haa...ni part plg penting bagi org perempuan kan...selain kad kahwin,aku mmg rajin sgt search MUA(make-up artist) yg ada di Sabah.Sambil cari,sambil tu juga buat list utk bandingkan harga service mekap dorg.Utk majlis aku, aku ambil tukang mekap yg buat service inai juga.So senang nak berurusan dgn satu org ja.Harga pun sgt murah...dalam bab ni aku syorkan korg takyah la nak ambil MUA yg profesional sgt kalau bajet pn terhad.Tp tak bermaksud korang sambil lewa ambil someone yg mekap tak cantik.That's why kena rajin search dan bandingkan juga hasil mekap dorg selain daripada bandingkan harga.Dalam ramai-ramai MUA yg aku listkan,aku pilih Hana Aoura(search fb) yg based in KK sebagai jurumekap.Total utk service mekap dan inai dia hanyalah RM350.

Aku pilih corak bunga dgn combination inai merah dan oren

Ini hasil mekap..tp cik abg tu tak pakai mekap tau..saja nak tunjuk i dah berpunya..cewahh

 Photographer
  •  Photographer pula aku ambil dari Lensa Hijau Pictures dgn hrga RM1250.Time ni owner dia tengah buat promosi harga sbb harga standard utk mana-mana photographer selalunya RM1500+ kan?So kalau rajin search, dapatlah yg paling berpatutan.Sebab tu aku tekankan korg kena rajin online dan juga bertanya pada kawan atau keluarga utk dapatkan apa-apa suggestion.
Ni adalah photobook.Selain tu,ada softcopy dan juga A4 photo with frame.
Pelamin

  • Pelamin pula aku dapatkan khidmat dari Fendifandy Bridal.Harga mmg sgt murah.Pelamin aku just RM650 tp baru-baru ni dorg buat promosi pelamin RM500 sahaja utk pelamin yg sama.Murah tp cantik.Sesiapa yg tggl di KK tu,boleh tgk pilihan design pelamin dr dorg ni.Selain tu dorg juga buat hiasan hantaran,backdrop,sewa baju dan lain-lain.
Comel tak?
 Doorgift

  • Doorgift pun sudah semestinya sgt penting dlm majlis perkahwinan.Untuk doorgift ni, aku just bagi jajan utk tetamu yg terdiri daripada cumi,keropok,gula-gula,dan coklat.Utk packaging pula,aku order paperbag dari fb Paperbag Master. Byk design menarik boleh dipilih dan harga semestinya murah.Untuk 400 pcs paperbag hanya RM150 +.
Bunga Tangan
  • Benda yg kecil-kecil selagi boleh DIY sendiri, sebaiknya cubalah buat sendiri.Harga fresh flower mmg agak mahal berbanding artificial flower.So buat pilihan yg tepat..bajet bawah RM50 korang dah boleh dptkan bunga tangan yg cantik dan boleh dijadikan hiasan rumah selepas majlis.
This is my DIY handbouquet
 Katering
  • Untuk katering pula,aku serahkan pada family.Family aku cuma order lauk daging dan ayam secara katering manakala nasi,sayur dan buah adalah hasil perbincangan sesama sedara-mara yang ingin menyumbang air tangan sendiri.

Ok lah...lama tak blogging rasa lenguh pula leher ni menaip lama.Setakat itu perkongsian ttg majlis perkahwinan aku.Bagi yg bakal mendirikan rumah tangga,good luck ya!


0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena