Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Saturday 22 July 2017

Foodstagram Recipe:Homemade No Bake Bun/Roti Tanpa Bakar

Assalamualaikum......


Today i'm back with new recipe entry yg sesuai buat korang yg suka baking tp mgkn tiada oven mcm aku ni...hehe.So i think this is one of the simple recipe yg korang boleh try out dan manalah tahu boleh jadi sumber pendapatan juga kn? Ok, aku nk kongsikan resepi utk membuat no bake bun atau bun tanpa bakar....

Nampak menyelerakan tak?


Bahan-bahan:


  • 1 cawan tepung gandum(ikut berapa byk nak buat)
  • 1/2 peket yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 cawan air suam
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar marjerin

Cara-cara membuatnya:
  • Gaul rata tepung, gula dan yis.
  • Dalam bekas lain, campur susu tepung, telur dan marjerin dlm air suam.
  • Kemudian masukkan campuran air suam td ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit.
  • Uli beberapa minit hingga jadi doh lembut.
  • Setelah selesai, biarkan doh kembang selama 30 minit.
  • Selepas doh kembang, uli lg dan tambah tepung jika doh agak melekit.
  • Bentukkan doh dan boleh masukkan inti yg korang suka (aku letak inti sardin dan telur rebus hancur)
  • Kemudian, biarkan doh yg telah dibentuk mengembang utk 10 minit.Bagi mengelakkan doh melekat, sapu minyak masak pd bekas doh tersebut.
  • Akhir sekali, bakar doh roti dlm non stick pan yg bertutup.Balut penutup dgn kain bersih bg mengelakkan wap air pd permukaan roti.Bakar dgn api yg kecik hingga masak.

Selamat mencuba!


0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena