Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Thursday 13 July 2017

Tips Menghilangkan Tahi Lalat (part 2)

Assalamualaikum....


Hari ini aku nak buat bahagian kedua utk satu-satunya popular post dalam blog ni iaitu Tips Menghilangkan Tahi Lalat.Selama aku 'berehat' daripada menulis blog,aku terima byk private message melalui twitter dan instagram yg bertanyakan beberapa perkara mengenai cara menghilangkan tahi lalat yg aku kongsikan dalam entry tersebut.Rata-rata pembaca menyatakan kerisauan mengenai saiz tahi lalat yg membesar selepas mencuba petua tersebut.Tapi harap maaf bagi sesiapa yg pm tp tak terbalas disebabkan perkara tertentu.Tapi aku buka ruang komen utk korang kemukakan soalan sekiranya berlaku kerisauan lagi. Dan bg sesiapa yg berhasil menghilangkan tahi lalat menggunakan petua ni,korang juga boleh memberi respon utk sama-sama membantu pembaca lain yg mungkin menghadapi sedikit kerisauan mengenai petua ini.

Ok la...dalam entri ni aku nak share gambar sebelum aku cuba sendiri petua ni.


Nampak kan tahi lalat hidup kat hidung tu?



Ini pula antara latest pic selepas tahi lalat ditanggalkan.
Ramai yg bertanya,ada parut tak?Selepas aku cuba tips ni,memang takda parut tp ini berbeza bg setiap org.Mungkin akan ada parut tp parut tu boleh hilang dgn menggunakan krim parut yg ada di pasaran.Bio oil antara yg bagus kan?Bagi yg bertanya soal saiz tahi lalat yg membesar selepas sapuan bancuhan tu,yes...aku juga alami perkara yg sama.Tahi lalat membesar dan membengkak.Tapi aku sapu bancuhan dgn kerap sehingga tahi lalat meleper dan mengering.Kemudian aku cuba kopek sikit-sikit hingga betul-betul tertanggal.So itulah hasilnya...
 Bagi korang yg ada pertanyaan,sila tinggalkan komen dan inshaa Allah akan dibalas secepatnya.Terima kasih pada yg sudah membaca dan mencuba petua tersebut..😊😊

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena