Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 16 December 2014

Recipe of the Day:Rainbow Cookies (Tanpa Loyang)





Assalamualaikum...selamat petang pembaca...alahai baru ada masa nak update blog ni.Petang ni nak share resepi lagi tp takdalah resepi baru sgt pn....aku yg lambat try resepi ni.Mesti dah ramai yg pernah try buat rainbow cookies kan?Sedap kan?Of  courselah sedap....makan petang2 time hujan cenggini dengan secawan teh lagilah sedap.Nak buat pn senang ja....tp bab nak dptkan loyang khas rainbow cookies tu mgkn agak susah bg sesetengah org.Begitu jg dgn aku tp takdalah susah nak cari.Mmg jmpa loyang khas tu tp takda saiz kecik pula..almaklumlah oven kat rumah kecik cinonet ja...nak masuk besar2 mmg tak muat laaaa....tp keinginan nak try rainbow cookies mmg ada.Memandangkan aku bkn jenis nak jdkan masalah kecik2 tu sbgai halangan utk baking,so aku pn buat tanpa loyang khas tu.Hasilnya tetap sama mcm rainbow cookies yg guna loyang khas tu.Guna saja loyang biasa,takda masalah.Save bajet jg bg yg nak buat rainbow cookies utk sendiri mkn.Bagi yg taktau resepi tu pula,boleh tgk resepi di bawah ni...

Bahan-bahan:

250 gram butter/marjerin

150 gram gula kastor

200 gram tepung gandum

50 gram tepung jagung

100 ml putih telur (3 biji)

1/4 emplex

Pewarna


Cara-cara membuatnya:

1.Ayak tepung gandum, tepung jagung,dan emplex.

2.Putar gula dan marjerin hingga menjadi krim putih.

3.Masukkan putih telur sedikit demi sedikit.

4.Masukkan campuran tepung yg diayak tadi dan kaup balikkan dgn spatula.

5.Bahagikan kepada beberapa bahagian(ikut suka) dan letakkan pewarna.

6.Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan sedikit ke dalam loyang secara berselang-seli mengikut warna.

7.Bakar pada suhu 140 darjah celcius lebih kurang 10-15 minit.Guna api bawah sahaja.


Begini rupanya jika menggunakan loyang biasa


Selamat mencuba

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena