Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Monday 22 December 2014

Recipe of the Day:Biskut Suji Berkacang for Krimas!




Ho...!Ho..!Ho..!Countdown for Christmas..!

Hehehehehe...mcm aku sambut Krimas pula kan..?Tapi khas untuk korang yang sambut Krimas or bercadang nak p lawat kawan-kawan sempena Krimas dan taktau nak bagi gift apa, aku cadangkan korang cuba resepi ni.Selalunya bila sebut Krimas, kita mesti ingat Ginger Bread kan?Tapi nak buatnya susah alahaiiii...!Takpun bagi hadiah coklat tapi dah biasa sgt...so pada sesiapa yg nak jimat bajet tu boleh try buat biskut suji berkacang ni...jgn kata untuk dijadikan hadiah,nak buat mkn sendiri pn boleh...senang amat-amat la..!Tak percaya?Tgk dulu resepi di bawah then barulah korang nak percaya or tak..

Bahan-bahan:

400 gram tepung gandum 

100 gram tepung suji

220 gram gula aising

250 gram minyak sapi

50 gram badam cincang (aku guna kacang tanah kisar kasar)

1/2 sudu teh garam

1/4 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara membuatnya:

1.Masukkan tepung suji, minyak sapi, gula.garam, dan soda bikarbonat ke dalam bekas dan gaul rata.

2.Kemudian masukkan tepung gandum dan kacang badam lalu sebatikan menjadi doh.

3.Bentukkan bulat-bulat. dan susun di atas loyang. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selamat 15-20 minit.

                            


Cantik tak biskut ni mengembang?Cubalah ya...

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena