Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Thursday 4 December 2014

Recipe of the Day:Chocolate Lava Cake



                     

Selamat petang everyone...!Ok hari ni nak curi masa kejap utk update blog..Rindu ok rindu..hehehehe.Dah lama tak share resepi so nak share resepi coklat lava cake hari ni.Sebenarnya aku dah lama try resepi ni tp takda masa nak update blog..cehh busy mengalahkan org kerja full time pula kan...?Ok la..ok la...ada yg terliur tak tgk coklat lava cake ni?Mesti ada yg rasa susah nak buat kan?Sebenarnya tak susah pun...para suami pun boleh buat juga..tak caya?Haa..tgk resepi ni..


Bahan-bahan:

120 gram marjerin

150 gram gula kastor

100 gram coklat masakan/coklat cip

60 gram tepung gandum (diayak)

3 sudu besar serbuk koko

4 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara membuatnya:

1.Cairkan marjerin dan coklat masakan secara 'double boil'.

2.Sementara itu, pukul telur, gula dan esen vanilla.Kemudian masukkan tepung dan gaul hingga tidak berketul.

3.Selepas itu, masukkan campuran coklat dan marjerin tadi dalam adunan tepung dan gaul sebati.

4.Sudukan 3/4 daripada adunan ke dalam bekas ramekin atau paper cupcake.

5.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 200 darjah celcius selama 5-8 minit sahaja.

Yg ni coklat lava cake yg overcooked dan senang dikeluarkan dr bekas tp coklat di dalamnya dah separuh masak,separuh cair.

Ni coklat lava cake dlm paper cupcake...coklat dlmnya mmg cair tp agak susah dikeluarkan dr bekas.

Selamat mencuba : )



1 comments:

  1. follow blog,twitter like fb cik anggur balik di http://inibelogcikanggur.blogspot.com
    terima kasih

    ReplyDelete

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena