Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Sunday 14 April 2013

Nak awet muda..?




Hello...

Hari ni aku nak share petua awet muda yang paling mudah tanpa perlu keluarkan sebarang kos dan yang paling penting kita kena jadikan amalah seharian...nak awet muda tak..?


Inilah beberapa caranya...

  • Selepas bangun pagi, jangan gosok gigi dulu.Kenapa?Mesti ada yang cakap mulut busuklah...berbaulah...tapi adalah baik dijadikan amalan sekiranya kita membaca Bismillah dan meminum air tetapi sebelum menelan/meneguk air tersebut, kita hendaklah membaca selawat nabi sebanyak 3 kali di dalam hati semasa air tu masih di dalam mulut.Selesai selawat,barulah kita meneguk air tersebut. Dan tak salah juga jika kita memasang niat dalam hati supaya ditenangkan dan diserikan wajah...insyaAllah..mujarab..
  • Kita boleh juga membersihkan wajah dengan air putih dan sebelum menyapu air ke muka,mcm biasalah..baca bismillah dan selawat 3 kali dalam hati...kalau korang amalkan ni,korang akan rasa muka korang segar lepas bangun pagi dan rasa sejuk seperti selepas mengambil wuduk.
  • Kalau dua-dua cara kat atas ni pun korang rasa-rasa susah nak diamalkan atau selalu lupa nak buat..ok,aku ada cara lain lagi tapi masih menggunakan selawat sebagai 'ramuan' utama untuk awet muda.Sebelum korang sapu krim korang yang mahal-mahal tu, bacalah bismillah dan selawat 3 kali sebelum menyapu krim tu kat muka...kalau hati ikhlas dan bersih..insyaAllah berkesan...
Ok,itu saja petua yang aku nak kongsi... Satu pesanan,apapun yang kita lakukan ke atas diri kita...adalah lebih baik dimulakan dengan niat dan puji-pujian kepada Allah dan rasul-Nya...

2 comments:

  1. salam ..
    thank u for the ifo sharing.. ;)
    saya pun dah amalkan yang "jangan gosok gigi bila bangun tido tu.." alhamdulillah mmg mujarab.. ibu anak tiga tp org ingat anak dara ..;p
    jom baca kisah saya,http://vitamomma.com/?p=2443
    tq

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sbb membaca...sorry lambat reply...n thanks sharing your website...gonna visit there after this : )

    ReplyDelete

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena