Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 26 July 2011

BoSaN @ MaLu?

4.12 petang

Assalamualaikum...

Selamat petang...petang2 ni aku ada idea nak tulis pasal apa.Asyik2 luah perasaan aku ja..bosan la..aku pun dah cukup malu asyik bersentimental dlm blog aku ni..hahahaha...cukup la tu ya..back to normal...aku nak kongsikan pandangan aku mengenai hal yg berkaitan PERKAHWINAN (hahahaha..saja bagi bold..).Eh..apsal aku cerita bab kahwin pula ni?I'm not desperate utk kahwin k...sebab aku takut kahwin..tettttt..pecah rahsia..

Ok..apa yg aku mau cerita di sini mengenai sikap2 pasangan yg dah berkahwin skrg.Kalau korang perasan la kan,kebanyakan pasangan yg dah berkahwin ni kebahagiaan mereka x kekal lama.Maksud aku x kekal lama bukanlah bererti bercerai.Ni lebih kepada perubahan sikap pasangan tu tmbh2 lg bila usia semakin meningkat seiring dgn peningkatan usia perkahwinan.Kalau diimbas masa zaman percintaan,wahhh...semua wangi ni..sweet ja org kata.Kalau boleh tiap kali bangun dr tidur nak ingat bf/gf sendiri ja kan..hahahaha..mcm2 la.Memang hati berbunga2 la time2 bercinta.Ewwww....

Tapi itu masa BERCINTA.Haaa...bila dah kahwin,apa crita?Awal usia perkahwinan tu memangla semua masih indah lagi.Bau kentut pun wangi...bau peluh pun mcm bau perfume mahal...Bila dah masuk fasa kedua perkahwinan,haaaa...tidur dah x pandang2...seorang mengiring ke kanan,seorang mengiring ke kiri.Apatah lagi bila dah ada anak,dah xnak dah romantik2 ni...malu kononnya...atau mgkn dah bosan sebenarnya?X tau la....tp bg aku la,perkahwinan itu bukan penamat percintaan.Bahkan bg aku perkahwinan itulah yg sepatutnya menjadi landasan utk pasangan ni utk terus bercinta.Jgn kerana usia dah meningkat,jd kita dah x boleh nak terus tunjukkan rasa sayang dgn pasangan kita.

Sepatutnya pada usia yg dah meningkat inilah kita patut lebih mesra dgn pasangan masing2 supaya anak-anak dan cucu cicit dpt merasai kebahagiaan dlm keluarga tu.Mereka pn dpt mempelajari sesuatu drpd kita.Mana tau bila mereka dah kahwin nt mereka pun akan amalkan keharmonian rumah tangga seperti kita.Ini bukannya apa,kita patut sedar,apa yg kita buat,apa yg kita ckp,semua tu akan jadi bahan penglihatan dan pendengaran org2 di sekeliling kita apatah lg dalam rumah tangga.Jd,cuba korang bygkan..kalau korang dan pasangan kurang berkomunikasi atau apa2 perlakuan yg membuatkan rumah tangga tu dingin,apa yg akan ditafsirkan oleh anak2 korang?Tentulah mereka rasa sedih...mereka rasa x bahagia...dan paling teruk mereka rasa x disayangi walaupun tindakan tersebut hanya melibatkan suami isteri saja.Kena ingat...anak2 turut mendapat tempiasnya.

Ni tidak,kdg2 hal2 yg kecil pun boleh jd hal besar bila dah lama berkahwin.Isteri lambat bersiap,suami dah angin semacam.Padahal masa bercinta gf ambil masa berjam2 utk bersiap pun bf sanggup tggu ni.Kan2??Tapi bila dah kahwin..emmm..hampehh....Kalau boleh,jgn la mcm tu...mana yg manis2 waktu bercinta tu kekalkanlah sampai ke alam perkahwinan.X usahlah nak malu2 atau rasa bosan tp yg paling penting di sini..pasangan tu sendiri berusaha utk mengekalkan keharmonian rumah tangga tu.Macam mana caranya?Tepuk dada,tanya hati anda...tanya minda anda.

Ok la..itu ja yg mampu aku katakan.Ini cuma pendapat peribadi drpd seorang yg takut kahwin.Aku x tahulah mcm mana dgn org lain.Tp yg pasti aku msh berusaha menyakinkan diri ttg perkahwinan.Mgkin sbb tu aku masih single smpai skrg...tggu dan lihat ja la...

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena