Happy sabtuday people...hari ni plan nak masak apa?Apa kata try resipi ni?Mungkin dah ramai yg tahu resipi ni tapi aku nak share jg my own resipi...Bagi yg suka makan kari ketam dan nak try masak sendiri,selamat mencuba..
Bahan-bahan yg ditumbuk:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai (dititik)
Bahan-bahan lain:
Ketam
Kayu manis
Bunga lawang
Cili kisar
Serbuk kari
Serbuk kunyit
Santan/susu cair
Air asam jawa
Telur
Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara memasaknya:
1.Tumis serai,kayu manis,bunga lawang dan bahan-bahan yg telah ditumbuk hingga naik bau.Masukkan lebih kurang 2 sudu besar cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.Kemudian masukkan 3 sudu besar serbuk kari dan sedikit air.Tumis hingga pecah minyak.
2.Seterusnya masukkan ketam dan sebatikan.Tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering.Biarkan mendidih.Selepas itu masukkan air asam jawa dan kacau.Kemudian masukkan santan/susu cair dan biarkan mendidih hingga ketam masak.
3.Setelah itu,pecahkan 2 biji telur dan biarkan sebentar.Kemudian apabila telur hampir masak,kacau sebati ketam bersama telur dan seterusnya bolehlah diperasakan dengan garam dan gula.Jika ingin mencantikkan lagi warna masakan,boleh tambah sedikit serbuk kunyit.
Dah siap..Selamat mencuba..
0 comments:
Post a Comment