Assalamualaikum..Salam Syawal ke-6..how was your raya?Diharapkan semua dah beraya puas-puas dan yg paling penting dpt berkumpul bersama saudara mara dan rakan taulan..Tapi hari ni aku bukanlah nak tulis entri mengenai hari raya mahupun resepi,tapi lebih kepada nasib saudara-saudara kita yg menjadi mangsa kerakusan Israel.Mesti semua dah alert mengenai isu ni kan?Isu ni dah jadi isu dunia dan sudah pasti mendapat perhatian menyeluruh.Sebagai rakyat Malaysia,aku jg turut terkesan dgn isu ni apatah lg melihat anak-anak kecil yg mati pada usia yg terlalu muda dan ada jg perlu menyelamatkan diri di dalam dunia yg amat menakutkan..aku mmg tak dapat bygkan mcm mana mereka menghadapi detik-detik sukar tersebut..
Isu Gaza ni mmg dah bertahun dan jujurnya sebelum ni aku kurang alert dgn apa yg berlaku di sana.Cuma baru kali ni aku sgt2 terkesan apabila melihat wajah-wajah tidak berdosa diperlakukan sedemikian rupa.Kuasa Allah kan..walau kita tak peduli manapun,hati ni pasti terdetik rasa simpati melihat mereka di sana.Maka disebabkan itu,aku cuba utk melakukan apa yg boleh dan mampu utk membantu terutamanya berdoa agar semua itu berakhir dan Israel mendapat balasan yg cukup setimpal.
Namun sebagai rakyat yg hidup di negara yg aman,kita pasti tidak dapat bayangkan dan merasa apa yg mereka lalui..kesukaran mereka....kesedihan mereka.Ajal itu dijemput setiap masa tanpa diduga....rintihan berlaku di mana-mana.Tetapi syukur alhamdulillah sbb baru-baru ini aku berhadapan dgn situasi yg lbh menyedarkan aku bahawa bukan sesuatu yg mudah dilalui mereka di sana.Pada 3 hari lepas berlaku kebakaran di kawasan rumah aku yg melibatkan kemusnahan 4 buah rumah dan rumah-rumah tersebut cuma selang 3 buah rumah dr rumah aku sendiri.Kejadian berlaku lebih kurang jam 3 pagi Syawal ke-4.Pada masa tu situasi mmg teramat panik kerana melibatkan kebakaran besar.Masa tu mmg tak boleh fikir apa melainkan berdoa semuanya selamat namun hati makin berdebar apabila mendengar 2-3 kali bunyi letupan dr tempat kejadian.Dari situ fikiran aku terbayangkan mereka di sana...hati terdetik 'mesti ketakutan yg mereka hadapi berkali ganda berbanding ketakutan aku ketika ini..Ya Allah..'Bayangkanlah selepas kejadian kebakaran ini..aku menjadi takut mendengar bunyi letupan meskipun cuma letupan mercun..apatah lagi mereka di sana yg perlu mendengar letupan peluru berpandu tidak kira masa yg mungkin akan meragut nyawa mereka ketika itu juga...
Oleh sebab itu,semangat utk memberi sokongan itu semakin membara dan mengambil langkah serius utk memboikot sumber-sumber yg memberi kewangan kepada Israel.Mungkin apa yg kita lakukan ini nampak biasa dan kecil di mata kita tetapi sudah pasti ianya bernilai besar bagi saudara kita.Lakukanlah apa yg termampu...tidak rugi mana kita memberi doa bahkan itu akan menjadi saham kita di akhirat.Bangkit bersama menyokong mereka..kita tidak perlu menjadi seorang muslim utk menyokong dan membantu mereka..ini adalah isu kemanusiaan...KUATLAH GAZA...!Kami bersama anda semua..!
0 comments:
Post a Comment