Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Thursday, 21 August 2014

Online Shopping:Ok ATAU Tidak?






Salam jumaat semua...seperti lama tidak bersua..hehehhe..hari ni aku nak share sedikit pendapat mengenai online shopping.Mesti ramai yg pernah membeli-belah secara online kan?Best x?Secara jujurnya,aku pun baru pertama kali membeli secara online baru-baru ni selepas sign up for instagram.Bila ada insta,mmg rambang mata la tgk pelbagai jenis barang yg cantik plus murah lagi tambah-tambah pula ada saja penjual ni yg follow kita.Jadi memang hati tu tak boleh tahan la..mest nak tgk jg brg apa yg dijual.Utk pertama kali ni mmg takda masalah pn sbb aku beli brg dari pihak yg pernah jual brg pada sepupu aku.Jadi semua ok.Tapi sebagai pengguna,aku ada perhatikan beberapa masalah yg mungkin dihadapi oleh org lain yg berminat nak beli brg secara online.Tapi lebih baik aku senaraikan dulu antara kelebihan online shopping ni terutama bg yg baru nak berjinak-jinak dlm 'kegiatan' ini..heheheh..


1.Jimat masa
Bagi golongan yg sibuk,online shopping mmg sesuai.Segalanya hujung jari.Bermula dr brg keperluan diri hinggalah brg keperluan rumah,semuanya boleh didapati dgn mudah tnpa perlu keluar dan bersesak tambah-tambah lg pd musim perayaan atau bg keluarga yg mempunyai anak ramai.

2.Murah
Harga yg murah mmg tak dinafikan.Kalau rajin mencari, mesti jmpa yg murah.Lagi murah kalau beli dlm kuantiti byk.Berbeza dgn hrga kedai,korang mgkn boleh jimat beberapa RM dgn berbelanja secara maya.Tapi kena rajin mencari dan bijak memilih.

3.Pelbagai pilihan
Pilihan jg sudah pastinya byk.Adakalanya terdapat sesetengah brg yg tidak boleh didapati di kedai tetapi boleh dibeli secara online.Misalnya barangan utk perkahwinan seperti door gift yg dijual secara online sekali gus memberi idea tanpa had kepada bakal pengantin.

4.Brg berkualiti
Terdapat jg sesetengah penjual yg menjual brg berjenama dgn hrga yg lebih murah.Jadi ini membuka ruang kepada penggemar barangan berjenama utk mendapatkannya dgn hrga yg rendah.



Ok,itu antara kelebihan yg dapat aku fikirkan.Ini pula antara masalah yg dpt aku perhatikan.

1.Penyampaian maklumat
Adakala penjual tidak kiralah melalui laman web mahupun instagram tidak menyampaikan maklumat barangan secara jelas dari segi harga mahupun availability brg tersebut.Jadi keadaan ini akan menyukarkan pmbeli utk mengetahui status barangan tersebut.

2.Maklum balas
Setiap penjual selalunya akan memberi maklumat perhubungan bg memudahkan urusan pembelian tetapi adakalanya si penjual mengambil masa terlalu lama utk memberi maklum balas dan ini sedikit sebanyak melambatkan urusan pembelian.

3.Potensi berlaku penipuan
Membeli secara online mempunyai risiko berlaku penipuan.Oleh itu,perlu melihat dgn teliti bagi mengelakkan penipuan.

4.Perlu menunggu lama
Bagi membeli menerusi instagram,brg selalunya akan mengambil masa 2-3 hari utk sampai.Tetapi itu belum termasuk tempoh hari yg diperlukan oleh penjual utk menyiapkan tempahan.Jadi di sini mmg memerlukan kesabaran dan tidak sesuai bg sesiapa yg ingin memerlukan brg itu dgn cepat melainkan membuat tempahan awal dan mendapat kerjasama penjual.


Ok,ni pula tips utk mengelakkan penipuan contohnya jika membeli menerusi instagram..

1.Pastikan terdapat bukti pelanggan/testimoni yg pernah membeli barangan dgn pihak tersebut.Misalnya kita boleh mengetahui penjual tersebut adalah sah menerusi review yg dibuat oleh pelanggan ataupun blogger.
2.Terdapat sesetengah penjual yg memiliki website rasmi.
3.Ada juga yg menjadi vendor kepada sesebuah butik/festival/tapak jualan.
4.Tanya pada kawan/keluarga yang biasa membeli-belah secara online.


Terakhir sekali tips utk penjual dan pembeli

1.Sentiasa kemaskini brg yg available.Sebolehnya keluarkan brg yg telah hbs stok dr page atau beri maklum balas segera sekiranya ada pelanggan yg berminat dgn sesuatu brg.
2.Sebolehnya beri respon dgn kadar segera agar tidak merisaukan pelanggan.Tetapi pada masa sama pelanggan tidak perlu menghantar mesej bertubi-tubi dalam masa sehari.Beri sedikit ruang kepada penjual utk menyiapkan tempahan anda.

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena