Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Monday, 11 August 2014

Recipe of the Day:Ikan Kerisi Goreng Taucu


Nampak x cantik kan...?hahahaha..tapi belum rasa lagi..don't judge a fish by its look..eh.

Sapa suka makan ikan tp dah bosan dgn menu yg sama?Apa kata korang cuba masak ikan goreng taucu?Mudah lagi sedap..makan pasti berselera.Meh aku kongsikan resepinya..


Bahan-bahan utk menggoreng:

Ikan kerisi (mana-mana ikan yang sedap digoreng pun boleh)

Garam

Lada sulah

Telur

Tepung jagung

Minyak

Cara-cara menggoreng:

1. Perasakan ikan dengan garam dan lada sulah.Kemudian salutkan dgn telur dan akhir sekali salut dgn tepung jagung.Selepas itu bolehlah digoreng dalam minyak yg cukup panas sehingga masak.


Bahan-bahan utk sos taucu:

Bawang merah (dihirris)

Bawang putih (dihiris)

Halia (dimayang halus)

Bawang besar (dihiris)

Taucu (tak kisah taucu masin atau pedas)

Sos tiram

Air asam jawa

Garam dan gula (jika perlu)

Sedikit air

Minyak masak

Cara-cara memasaknya:

1. Tumis bawang merah, putih dan halia hingga naik bau. Masukkan taucu dan kacau sebati. Kemudian masukkan sedikit sos tiram  dan kacau lagi.

2. Masukkan air asam jawa dan kacau. Boleh tambah sedikit air. Perasakan dgn gula dan garam jika perlu. Akhir sekali masukkan bawang besar sebagai hiasan.


Dah siap....bolehlah cuba utk lunch or dinner k..

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena