Assalamualaikum...hari ni hari pertama aku nak share artikel khusus mengenai bidang tugas jawatan-jawatan tertentu dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA).Memang dah ramai yg buat artikel mengenai ini tapi mcm yg kita tahu,ramai yg apply menerusi SPA tetapi tidak mempunyai maklumat yg mencukupi mengenai jawatan yg mereka mohon atau yg ditawarkan kepada mereka.So diharapkan dgn adanya penambahan slot artikel dlm blog ini dpt membantu individu di luar sana utk memperoleh maklumat sebelum membuat sebarang permohonan pekerjaan.Utk artikel-artikel,i give credit to pemilik blog ketam batu yg jg byk mengajar selok-belok dlm dunia blog kerana 'meminjamkan' entri-entri ini dgn tujuan utk meluaskan maklumat mengenai bidang tugas penjawat awam kepada pembaca-pembaca di luar sana.Ok,for the first entry,aku akan update mengenai bidang tugas Pembantu Tadbir.
Info ni berkenaan Temuduga
Pembantu Tadbir N17. Mungkin anda terlibat dan mungkin juga tak terlibat. Jika
tak terlibat, bolehlah forwardkan info ini kepada rakan-rakan yang perlukannya.
Apakah tugas Pembantu Tadbir
ni?
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan
tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang
merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada,
tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan
pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan
perhubungan/komunikasi).
Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
Aspek Perkeranian
a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
- perjawatan, pembangunan
organisasi dan perancangan sumber manusia
- perkhidmatan, latihan dan
kerjaya
- gaji, elaun dan kemudahan
- faedah persaraan
c) Pengurusetiaan.
d) Menaip dan menyediakan
dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
e) Pengurusan Rekod.
f) Pengurusan Kewangan.
g) Pengurusan Fail.
Itulah serba ringkas berkenaan
deskripsi tugas Pembantu Tadbir ni…
Bagaimana nak prepare untuk
hadiri temuduga N17 ni? Jom ikuti sedikit tips..
1) Buat preparation awal. Kaji
apakah tugas bagi pembantu tadbir ni. Anda boleh lihat di atas di bahagian skop
fungsi/bidang tugas. Contoh kerjanya:
# urus punch kad staff di
jabatan/unit
- siapa lewat, siapa MC
# Jaga fail. Termasuk kena cari
fail.
# Jaga cuti, gaji, kebajikan
staff
# Menaip dan buat surat/dokumen
# Jadi POSMEN
# Kadang-kadang jadi PA
# Jadi urusetia meeting,
seminar ke, kursus..
# Jadi operator
telefon..Berhubung dengan rakyat…
# Macam-macam lagi kerja
Pembantu Tadbir ni yang penting-penting. Kata mudahnya, tiada pembantu tadbir,
tak jalan juga operasi sesuatu jabatan/unit dalam sektor kerajaan.
2) Baca pekeliling bagi
perkhidmatan awam. Ini bagus, dan berguna masa ditemuduga. Saya sering
dimaklumkan ramai juga calon ditanya soalan berkenaan pekeliling ini.
Contohnya, ditanya berkenaan tangga gaji pembantu tadbir, pasal cuti, pasal
kenaikan pangkat. Tapi tak semestinya.. Ada juga yang tak ditanya pasal
pekeliling ni. Bagi saya, tahu basic-basic sudah memadai:-)
3) Jangan fikir pasal nak
menjawab soalan temuduga saja. Anda akan dinilai dari segi akhlak, keyakinan,
adab, air muka dsb nya. Untuk jawatan pembantu tadbir ni, anda perlu kelihatan
sentiasa ramah sentiasa senyum. Almaklumlah, tugas pembantu tadbir nanti akan
membuatkan anda berjumpa dengan ramai orang. So, kenalah sentiasa ramah, senyum
semasa temuduga supaya si panel penemuduga akan berkata “Dia ni peramah, dia ni
suka senyum. Memang sesuai dengan jawatan ini”.
4) Jangan terkejut dengan
soalan-soalan PELIK. Contohnya: ” Kenapa Suami Awak Nak Kat Awak Ye?”
Apakebenda soalan macam tu? Maksud tersiratnya ” kenapa awak sesuai untuk
jawatan N17 ini dan boleh membuatkan orang suka pada awak semasa menjalankan
tugas?”. Haaa..Begitulah:-) Jawapannya mungkin ” Saya suka SENYUM kot tuan
panel”. Soalan-soalan sebegini bukannya suka-suka ditanya. Ada maksud
tersiratnya.
5) Jangan lupa study isu-isu
semasa, dasar kerajaan, ekonomi dll. Baca je akhbar:-) Ni nak uji kita peka
dengan hal sekeliling kita atau tidak. Dijangka ‘famous’ ditanya adalah
berkenaan “1 MALAYSIA”. Study lah.
0 comments:
Post a Comment