Kumpulan: Pengurusan dan
Profesional
Kem/Jab: Pelbagai
Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji:
P1T1 RM2088.25 – P1T23
RM4721.03
P2T1 RM2184.26 – P2T23
RM5015.88
P3T1 RM2284.45 – P3T23
RM5306.79
Syarat Lantikan:
Ijazah Sarjana Muda Seni Bina
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred
J41: P1T3 RM2271.93]; dan
lulus B.M. (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara
Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam
perkhidmatan Pembantu Teknik (Seni bina) adalah layak dipertimbang oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: mempunyai kelayakan di atas;
atau lulus Peperiksaan Badan
Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek
Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan berumur kurang dari 54 tahun
pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Merancang, mereka bentuk
bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project’s brief),
melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch
drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan
penentuan (specifications).
0 comments:
Post a Comment