Kumpulan: Pengurusan
dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan
Muzium Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara
Malaysia, Muzium Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain.
Jadual Gaji:
P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89 P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16 P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23 Syarat Lantikan:
· - Ijazah Sarjana Muda Kepujian bidang Sosiologi, antropologi,
sejarah, kaji purba, zoologi, sastera, seni lukis, senireka, seni halus, senibina,
permuziuman atau konservasi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
·
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3]; atau
· - Ijazah Sarjana dalam bidang permuziuman yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
·
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T6]; dan
· - lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat
dalam perkhidmatan Penolong Kurator adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Kurator
Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:mempunyai kelayakan di atas; ataululus Peperiksaan Khas;
danberumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menjalankan
tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, merancang, menyelaras dan
melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan
konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna,
kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan
laporan hasil kajian penyelidikan.
Skop Fungsi dan Bidang Tugas
· - Merancang dan mengetuai penyelidikan muzium dan menjalankan kerja-kerja
penyelidikan warisan sejarah, budaya, alam kemanusiaan, alam semula jadi dan
perkara-perkara yang berkaitan.
·
- Merancang dan mengumpul koleksi untuk dipamerkan dan
menyediakan ‘write up’, ‘caption’, label dan sebagainya yang berkaitan dengan
pameran.
· - Merancang pengurusan sumber manusia jabatan dan menyelaras
aktiviti-aktiviti latihan/kursus di peringkat jabatan dan luar negara.
· - Mendokumentasi dan mengkatalog koleksi muzium secara
sistematik, menyimpan data-data hasil penyelidikan dengan teratur sebagai
bahan rujukan.
· - Mengetuai dan menjalankan kerja-kerja pemulihan tanah, tapak
tanah, monumen bersejarah dan seumpamanya.
·
- Menyelaras dan mengetuai kerja-kerja cari gali.
|
0 comments:
Post a Comment