Salam ramadan hari ke 8...rasa mcm dah lama tak share resepi.Jom tgk juadah apa yg aku sediakan semalam..ini kuih lenggang namanya.Mesti ramai yg tahu dan suka makan tp tak tahu apa resepinya kan..?Jom aku kongsikan resepi kuih ni.
Bahan-bahan utk kulit luar:
Tepung gandum
Santan
1 biji telur
1 sudu kecil garam
Pewarna hijau/pes pandan
Cara-cara membuat:
1. Campurkan semua bahan.Kuantiti bergantung kepada berapa byk kuih yg hendak disediakan.
2. Gaul hingga sebati hingga tiada ketulan tepung. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Setelah itu, panaskan setitik minyak di atas frying pan dan tuang adunan sedikit di atas kuali dan bentukkan bulat.Ulang langkah sehingga adunan habis.
Bahan-bahan utk inti:
Kelapa parut
Gula
Air
Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan lebih kurang 1 1/2 sudu besar gula ke dalam kuali. Kemudian,masukkan lebih kurang 1/2 cawan air dan masak sehingga gula bertukar keperangan.
2. Kemudian masukkan kelapa parut dan matikan api sebentar bagi mengelakkan gula terlalu hangus.Masukkan lbh kurang 1 1/2 sudu gula lagi ke dalam campuran kelapa dan gula tadi. Hidupkan api sederhana dan ratakan kelapa bersama gula.
3. Kemudian masukkan inti ke dalam bekas dan bolehlah digulung memanjang bersama kulit yg telah dimasak tadi.
Dah siap....kuih tadi boleh juga dipotong dua seperti dlm gmbr.Selamat mencuba..
0 comments:
Post a Comment