Resepi kek untuk beginner...?Ok..kenapa beginner?Resepi ni khusus untuk
korang yang cuba nak buat kek tapi tak menjadi.So,aku bagi resepi yang
mudah dan confirm jadi.Before that,tengok hasil yang aku buat
menggunakan resepi ni...
Amacam...?Kembang dengan jayanya kan..? |
Sebelum ni aku dah banyak kali cuba buat kek tapi kek tu cuma kembang sekejap then akan mampat balik.Bila cuba resepi ni,terus jadi dan rasa nak buat banyak kali.Kek di atas ni kek ketiga yang aku buat.Rasa happy bila tengok kek kembang macam ni.Lagi happy bila orang kata sedap bila makan kek ni.Ok,di bawah ni aku share resepi kek ni ya..
Bahan-bahan:
250 gram butter/marjerin
210 gram tepung gandum
170 gram gula halus (ikut cita rasa masing-masing)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
5 biji telur gred A
Cara membuatnya:
1. Masukkan butter/margerin, tepung gandum,gula halus,baking powder dan esen vanilla ke dalam mixer.Mix/gaul sehingga semua bahan sebati.
2. Kemudian,masukkan telur satu persatu.Jangan mix terlalu lama bagi setiap telur..dalam anggaran masa bawah 1 minit ok la tu.Bila telur terakhir dah dimasukkan,mix lebih kurang 3 minit saja.
3.Setelah selesai,masukkan adunan ke dalam loyang.Kalau nak lagi sedap,boleh tambah perisa/pewarna ikut kesukaan korang.Boleh juga buat corak-corak macam yang aku buat ni.
Yang ni korang boleh lorekkan menggunakan lidi satay.Nak buat corak apa ikut sukalah k..
4.Selesai mewarna dan buat corak, bakar pada suhu lebih kurang 130 darjah celcius.Sebelum bakar,panaskan ketuhar 5-10 minit pada suhu 180 darjah celsius.Bila dah panas,kurangkan suhu ya..kalau tak,rentung kek ni.Gunakan suhu atas bawah dan perlu diawasi dari semasa ke semasa.Nak tahu kek dah masak atau belum,cucuk guna lidi di bahagian tengah kek.Kalau tiada sisa adunan melekat pada lidi,itu bererti kek dah masak.
Ni hasil yang aku buat menggunakan margerin.Kalau nak kek lebih gebu,gunalah butter.Resepi ni resepi bajet,jadi ikut suka nak guna butter or margerin.
SELAMAT MENCUBA...!
Buat jual ker kek-kek nie?
ReplyDeletetak la...cuma utk kenduri ari tu...
ReplyDeletewah... akak mesti cuba kek ni.. nnampak senang dan menyelerakan.. sesuai untuk akak yang baru2 belajar nak buat kek ni.. tq...
ReplyDelete