Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday, 29 April 2014

Ikut Kewajipan @ Ikut Trend?

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Semalam aku berfikir tentang sesuatu yang berlegar-legar dalam fikiran.Sesuatu yang mungkin berkait rapat dengan kita semua terutama bagi mereka yang ingin berkahwin tetapi menghadapi pelbagai kekangan dan salah satunya of courselah soal kewangan kan?Kalau takda duit,mcm mana nak kawen?Tapi aku mempunyai pendapat tersendiri...

Bila menyebut soal perkahwinan,ramai yang akan terbayangkan majlis yang indah dengan pelbagai konsep.Atau kita mesti ingin tahu mengenai soal hantaran.Tapi pernahkah kita terfikir apa yang wajib dalam sesebuah perkahwinan..?Jika kita berbalik kepada asas,tujuan perkahwinan itu bukan untuk MENYUSAHKAN tetapi untuk MEMUDAHKAN pasangan yang ingin bercinta.Memudahkan dari segi apa..?Pertama,sudah tentulah dari segi perhubungan bagi mengelakkan maksiat.Tapi apa pula yang menyusahkan..?Susah dari segi memenuhi kehendak/trend perkahwinan masa kini.

Bagi yang berkemampuan,itu bukanlah sesuatu yang menyusahkan tetapi bagi yang kurang berkemampuan untuk mengadakan majlis mengikut trend,bagaimana pula?Takkanlah kerana itu mereka perlu menangguhkan majlis sehingga betul-betul mencapai tahap kemampuan?Bagi aku,ini tidak wajar...jika korang pernah dengar,terdapat sesetengah pasangan yang putus di tengah jalan disebabkan kurang kemampuan untuk berkahwin.Mungkin kita akan beranggapan ini soal jodoh.Tapi in contrast mungkin juga keluarga perempuan menetapkan hantaran yang terlalu tinggi dan ini belum termasuk keinginan untuk mengadakan majlis yang bagaimana.Semua ini boleh menjadi tekanan kepada pasangan yang bakal berkahwin dan tidak mustahil masalah ini tidak dapat dikendali secara baik dan akhirnya mengakibatkan perpisahan.

Aku pernah melihat satu situasi yang mana ibu pengantin lelaki tidak ingin mengadakan upacara persandingan untuk anaknya tetapi cukup dengan menikah dan mengadakan kenduri kecil bagi memaklumkan saudara dan juga jiran mengenai perkahwinan anaknya.Kalau diikutkan,anak beliau mampu untuk mengadakan kenduri yang besar tetapi ini berbalik kepada pemikiran dan pemahaman kita mengenai soal perkahwinan.Adakah ianya patut mengikut trend atau berlandaskan perkara yang wajib?Sebaiknya perkahwinan itu dilaksanakan secara ringkas dan perlu mengutamakan perkara yang wajib dahulu.Tiada gunanya kita mengikut trend semata-mata ingin mewujudkan momen indah pada hari perkahwinan jika akhirnya kita menanggung kos yang banyak.Jika difikirkan secara luar,momen indah boleh diwujudkan dengan cara yang ringkas sekali pun bahkan lafaz akad nikah itu pun sudah  mengandungi kemanisannya yang tersendiri dalam soal perkahwinan.

Tetapi itulah...bila ada yang berkahwin secara ringkas,akan ada mulut-mulut busuk yang bercakap.Abaikan kata-kata negatif seperti ini.Jika korang mempunyai niat berkahwin dan mempunyai kemampuan untuk menikah dan menjadi pasangan yang baik,teruskan niat tersebut.Ikut trend atau tidak,letakkan dalam perkara paling akhir.Yang penting,laksanakan yang wajib terlebih dahulu...jgn melihat perkahwinan sebagai tekanan disebabkan trend perkahwinan masa kini.Lakukan mengikut kemampuan dan yang paling penting lakukan kerana Allah S.W.T...





Read More

Friday, 18 April 2014

Where To Eat?- Nasi Ayam Penyet Masakan Jawa

Assalammualaikum...

Hari ni sabtu,mesti ada yang bercadang nak makan di luar kan...?Bagi yang berada di KK,aku nak share satu tempat makan yang sedap dan yang penting murah.Ini tempat makan pertama yang aku share dalam segmen baru 'Where To Eat' ni.

Korang suka makan nasi ayam penyet?Nasi ni merupakan antara yang laris sekarang...kat KK pun dah banyak kedai makan yang menyediakan nasi ayam penyet.Persoalannya..sedapkah?Murahkah?Berbaloikah?Sebagai pengguna,kita mesti nak yang sedap dan berbaloi untuk bajet kita kan?So,ini tempatnya di Kedai Makan Masakan Jawa terletak di Food Court Pusat Beli Belah 1 Borneo. (Tapi sorry aku tak ingat tingkat berapa..mungkin tingkat 2 atau 3..hehehe..korang boleh tanya di information counter ok..?)


Ini kedainya..kalau dah nama food court,memang macam nilah environnmentnya kan..?

Korang dah dapat gambaran mengenai kedai ni..sekarang kita tengok pula nasi ayam penyet yang kedai ni sediakan...Tadaaa..!!

Inilah gerangannya...special tentang nasi ayam penyet ni adalah kombinasi 5 jenis sambal dan disertakan sekali satu gelas air sirap dan semangkuk sup pada satu harga..!

Harganya cuma RM6.50..memang berbaloi terutama bagi yang tak boleh tahan dengan kepedasan sambal tomato yang disediakan dalam nasi ayam penyet biasa.Kat sini,ada option.Kalau tak suka makan sambal tomato yang pedas,korang boleh cicah dengan sambal kicap atau sambal belacan.Sambal cili hijau pun ok juga..best kan..?Sup pun sedap..kalau tambah lada sulah dalam sup,lagi super sedap..!

Jadi,apa tunggu lagi..?Selain nasi ayam penyet,kedai ni juga menyediakan menu jawa yang lain seperti bakso.Nak makanan kampung,korang boleh pergi kedai lain yang ada di food court ni.So,selamat menjamu selera..!





Read More

Recipe of the Day :Kek Butter/Margerin untuk Beginner





Resepi kek untuk beginner...?Ok..kenapa beginner?Resepi ni khusus untuk korang yang cuba nak buat kek tapi tak menjadi.So,aku bagi resepi yang mudah dan confirm jadi.Before that,tengok hasil yang aku buat menggunakan resepi ni...

Amacam...?Kembang dengan jayanya kan..?


Sebelum ni aku dah banyak kali cuba buat kek tapi kek tu cuma kembang sekejap then akan mampat balik.Bila cuba resepi ni,terus jadi dan rasa nak buat banyak kali.Kek di atas ni kek ketiga yang aku buat.Rasa happy bila tengok kek kembang macam ni.Lagi happy bila orang kata sedap bila makan kek ni.Ok,di bawah ni aku share resepi kek ni ya..

Bahan-bahan:

250 gram butter/marjerin

210 gram  tepung gandum

170 gram gula halus (ikut cita rasa masing-masing)

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh esen vanilla

5 biji telur gred A

Cara membuatnya:

1. Masukkan butter/margerin, tepung gandum,gula halus,baking powder dan esen vanilla ke dalam mixer.Mix/gaul sehingga semua bahan sebati.

2. Kemudian,masukkan telur satu persatu.Jangan mix terlalu lama bagi setiap telur..dalam anggaran masa bawah 1 minit ok la tu.Bila telur terakhir dah dimasukkan,mix lebih kurang 3 minit saja.

3.Setelah selesai,masukkan adunan ke dalam loyang.Kalau nak lagi sedap,boleh tambah perisa/pewarna ikut kesukaan korang.Boleh juga buat corak-corak macam yang aku buat ni.


Yang ni korang boleh lorekkan menggunakan lidi satay.Nak buat corak apa ikut sukalah k..

4.Selesai mewarna dan buat corak, bakar pada suhu lebih kurang 130 darjah celcius.Sebelum bakar,panaskan ketuhar 5-10 minit pada suhu 180 darjah celsius.Bila dah panas,kurangkan suhu ya..kalau tak,rentung kek ni.Gunakan suhu atas bawah dan perlu diawasi dari semasa ke semasa.Nak tahu kek dah masak atau belum,cucuk guna lidi di bahagian tengah kek.Kalau tiada sisa adunan melekat pada lidi,itu bererti kek dah masak.


Ni hasil yang aku buat menggunakan margerin.Kalau nak kek lebih gebu,gunalah butter.Resepi ni resepi bajet,jadi ikut suka nak guna butter or margerin.

SELAMAT MENCUBA...!





Read More

Tuesday, 15 April 2014

How To Be Productive and Multi-tasking?

Wahh...tajuk english pula entry kali ni kan....?Ok, macam mana nak jadi produktif dan multi-tasking setiap hari tak kisahlah korang ni bekerja,belajar atau seorang suri rumah. Kita perlu menjadi produktif dalam setiap apa yang kita lakukan,betul tak?

So,untuk menjawab soalan itu...aku cuma bagi 2 tips yang mudah.Entry ni pun memang simple..bukan malas update tapi lebih simple,lebih mudah difahami kan?

Ini 2 tips untuk menjadi produktif dan multi-tasking:

  1.  JANGAN MENANGGUHKAN KERJA

- Haa..sikap macam ni memang ada pada setiap orang.Bila ada rasa malas, maka kerja pun bertangguh.Sikap ni memang perlu dikikis dari dalam diri jika korang nak jadi seorang pelajar/pekerja yang produktif.Kalau korang mempunyai terlalu banyak kerja meskipun korang cuma seorang suri rumah,sebaiknya korang jangan amalkan sikap menangguhkan kerja.Ini bukan sahaja menyebabkan korang menjadi tidak produktif tetapi akan lebih menyusahkan korang untuk menyelesaikan kerja-kerja itu nanti.Sebaiknya laksanakan kerja secepat yang boleh.Jangan ikut mood atau kerja tu dah dekat dengan tarikh submit,baru nak buat.Last minit buat kerja juga akan menyebabkan hasil kerja korang tu hmmm...asal ada saja.Asal siap,cukup.Seorang yang produktif adalah seorang yang mementingkan kualiti kerja.Oleh sebab itu,menyiapkan kerja dengan lebih awal memberi banyak masa dan tumpuan untuk memperbaiki mutu kerja/tugasan.Bila kerja disiapkan awal,korang akan mempunyai masa untuk melakukan kerja lain.

 2.  LAKUKAN KERJA YANG SUSAH TERLEBIH DAHULU

-Kenapa perlu lakukan kerja yang susah dahulu?Selalunya ramai yang buat kerja yang senang terlebih dahulu tetapi bagi menjadi produktif,kerja yang susah perlu diutamankan dahulu.Hal ini kerana kerja yang susah berkemungkinan memerlukan masa yang panjang untuk disiapkan berbanding kerja yang mudah.Macam yang aku cakap tadi,produktif mementingkan kualiti.Jadi bagi mengelakkan kerja yang susah itu disiapkan ala kadar sahaja,maka ianya perlu disiapkan awal.Jika dilakukan awal,minda kita masih dalam keadaan 'fresh' dengan idea-idea berbanding dengan melakukan kerja yang susah kemudian,mugkin otak kita dah kepenatan untuk berfikir.Akhirnya korang tak menjadi produktif kan?



 Let's be productive people..!!


Read More

Friday, 4 April 2014

Recipe of the Day : Ikan Masak Kicap


Hello blog readers..

Ok, secara jujurnya aku rasa bosan petang ni dan tergerak hati naluri nak update blog. So, aku nak share resepi yang mudah untuk korang semua. Aku memang suka memasak tapi aku tak pernah lagi kongsi apa-apa resepi dalam blog ni..jd tak salah kan kalau aku 'show off' sikit masakan aku..cehhh..

Tengahari tadi aku masak Ikan Masak Kicap dan honestly, resepi ni masih baru bagi aku walhal resepi ni dah ramai yg buat kan? So,this is my first try...


Tadaaa....!Ni hasil air tangan aku..aku tak tahu apa nama ikan ni sbb aku ni 'buta ikan' sikit tapi kalau korang nak try masak, korang boleh guna ikan bawal or ikan tenggiri..jgn guna ikan merah sudah la ye...

Bahan-bahan :

Bahan untuk dikisar

4- 5 ulas bawang merah

2-3 ulas bawang putih

1/2 biji bawang besar

1/2 ulas halia

Cili padi (ikut suka nak letak berapa banyak)

*Kalau nak cepat, korang boleh kisar..kalau nak ala2 tradisional, tumbuk guna lesung ok...


Bahan-bahan lain

Ikan

Serbuk kunyit

Kicap pekat

Kicap manis

Sos tiram

Cili kisar

Cili merah/daun bawang/daun kucai/bawang besar (yang ini ikut suka..tak letak pn tak apa)

Bahan perasa jika diperlukan


Cara-cara memasak :

1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ikan separa garing. Kalau suka garing, korang boleh goreng sampai garing.

2. Setelah ikan siap digoreng, tumis bahan kisar tadi hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar dan tunggu sehingga cili kisar masak.

3. Masukkan sos tiram dan kacau. Seterusnya masukkan kicap pekat dan kicap manis. Kacau sehingga sebati. 

4. Masukkan cili merah/lada benggala/daun bawang/daun kucai/bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula sekiranya rasa belum mencukupi.

5. Akhir sekali, masukkan ikan dan gaul hingga sebati dengan kuah kicap. Kemudian, boleh dihidang dan dimakan bersama nasi.


Senang kan...Bagi yang berminat, bolehlah mencuba...

Read More

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena