Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Thursday 14 July 2011

Masih DARA atau TERUNA?

10.12 pagi

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...tiba2 pagi ni otak aku ligat berfikir tentang sesuatu.Ni mengenai 'cita rasa' lelaki terhadap perempuan.Haaa..cita rasa apa tu ya..?Apa yg aku maksudkan ni ialah mengenai ciri-ciri perempuan yg menjadi idaman lelaki2 malaya kononnya.Ok,berdasarkan penilaian aku secara random,mmg ramai lelaki yg nak perempuan baik,sopan,menghormati org tua,,n bla...bla la..apa2 la kan.But for sure,satu ciri ni mesti menjadi idaman semua lelaki.Lelaki nak perempuan yg masih ada dara.Betul kan?Kan2??

Of course la..semua lelaki pn nak mcm tu hinggakan mcm2 cara wujud ni utk uji sama ada perempuan tu masih dara atau x.Salah satu cara yg aku pernah baca bila pasangan ni dah berkahwin,beberapa helai rambut perempuan akan diikat menggunakan benang atau tali halus sebelum melayari malam pertama.Bila si lelaki dah 'menguji kedaraan' si perempuan dan ternyata perempuan tersebut msh dara sebelum berkahwin,ikatan rambut tersebut akan dibuka.Macam tu la yg pernah aku baca..(kalau aku x silap la..aku pn ingat2 lupa).Tp benda ni x masuk akal la bagi aku.Cuba korang bayangkan,kalau perempuan tu dah memang xda dara sebelum berkahwin,xkan la si suami nak ceraikan si isteri pula.Eh..kejam2...

Mmg betul la dara tu penting...tp korang cukup yakin ka dara perempuan ni hanya akan 'musnah' disebabkan hubungan seks?No...no..no....(sambil mengerakkan jari telunjuk ke kiri dan ke kanan).Bg aku,org lelaki x berhak judge perempuan melalui sifat daranya sahaja.Hanya kerana selaput dara perempuan tu dah pecah,jd kita dah boleh simpulkan yg perempuan tu dah'buat'?X adil weiii....mmg la ada ramai perempuan di luar sana yg sgt2 ekstrem smpai sanggup menggadaikan maruah diri tp kita x boleh la nak generalisasikan tindakan perempuan2 mcm ni ke atas seluruh kaum hawa di dunia ni.

Ada mcm2 lagi cara yg org buat utk uji dara perempuan ni.Misalnya,picit jari kelengkeng selama 1 minit dan kalau masih merah,itu tandanya masih dara.Hahahaha..lucu2..boleh pakai lagi ka cara tu??Mcm mana dgn perempuan yg x cukup darah pula?Korang picit la jari dia berapa lama sekalipun tp kalau masih pucat,korang senang2 nak ckp pmpuan tu x dara dah?Eh..kesian tau...mcm tu jg bila ada cara lain yg mengatakan bila selaput dara dah pecah sebelum berkahwin.Bg aku,x semestinya bila pmpuan tu dah pecah selaput dara,ertinya dia dah pernah melakukannya sebelum ni.Ada lg ckp kalau garis tengah tapak tangan x bersambung,ertinya xda dara.Yg paling teruk bila org ckp kalau tapak tangan kasar,pmpuan tu xda dara dah.X logik!Ketahanan dara pmpuan ni bergantung juga dgn cara hidup pmpuan tu.Mksd aku,ada pmpuan yg suka dgn aktiviti lasak atau melakukan kerja2 yg berat.Ni semua boleh menyebabkan selaput dara tu terganggu.Ni semua jg bergantung kepada biologi tubuh.Bukan semuanya sama.Ada yg lemah,ada yg kuat.Jd,x boleh la kita nak samakan semua.

Sbb tu la bila kita dah berpasangan,kita kena la kenal btl2 pasangan kita tu.Tp bukanlah maksud aku berkenalan smpai kena 'try' dulu utk uji msh dara atau x.Mksd aku,kita kenal la tau cara hidup dia...mana tau dia ni ada penyakit ka atau x.Semua tu boleh mempengaruhi tahap kedaraan dia.Jd,korang x jg la terkejut kalau selaput dara pasangan korang lemah semacam bila korang 'try' on malam pertama sbb korang dah tahu cara hidup dia mcm mana sebelum ni.Tp kalau mmg pmpuan tu dah hilang dara disebabkan dah main dgn lelaki lain,korang reject ja bulat2.Tp ada lagi persoalan di sini...ramai lelaki sibuk2 nak perempuan yg msh dara,korang tu masih TERUNA atau X?Haaa..jawab2...

Korang nak tahu mcm mana nak kenal pasti lelaki tu masih teruna atau x?Asyik2 cerita pasal pmpuan dara ja ni..pasal lelaki xda pula org nak cerita.Knpa??Org kata lelaki kalau dah x teruna lg saham masih naik.Berbeza dgn pmpuan.Pmpuan kalau dah x dara mmg dipandang hina berabis.Weiii..apa pula mcm tu kan?Lelaki untung2 dpt pmpuan yg msh suci bersih tp lelaki tu pula rupa2nya dah x teruna.Ish2...x adil la.Jd,kesimpulannya..pandailah jaga diri sendiri.Kalau korang baik,for sure korang akn dpt pasangan yg baik.Tp kena la bijak buat penilaian.X boleh jg ikut cara2 kuno utk uji kedaraan atau keterunaan seseorang.Tp jgn jg terlalu berani nak 'mencuba' sebelum ada ikatan yg sah hnya atas niat utk menguji saja.Dosa tetap dosa tau.Kena la ada cara yg lebih bijak tnpa menjerumuskan diri ke lembah maksiat.Apapun,akal fikiran yg matang perlu ada dlm sebuah hubungan.Sbb tu la..perbincangan mengenai hal2 seksual mmg perlu dlm perhubungan.Dari situ kita boleh tahu tahap seksual pasangan masing2.

Ok2...cukupla smpai sini ya...aku rasa mcm aku brani sgt cerita hal2 mcm ni dlm blog aku.Hehehehe...xpa..kita kena open dgn perkara2 mcm ni..





2 comments:

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena